Cerita penghujung tahun aku sangat-sangatlah tak best. Nak tahu kenapa. Sebab,,baca berita di bawah;
6Disember2010,Johor Bahru: Sebuah sekolah di bandar Johor Bahru yang terkemuka telah menerima hampir 80 aduan mengenai kecurian yang terjadi tengahari tadi. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM). Para pelajar menyedari kehilangan barag berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai kira-kira jam 12.30 apabila tamat kertas pepriksaan Kimia Kertas 2. Ketika ditemubual seorang pelajar yang bernama Beby berkata " Saya letak barang dalam beg sebab cikgu cakap letak dalam beg dan cikgu akan kunci pintu gimnasiun. Memang dari mula periksa tak ada apa-apa masalah. BIla jadi macam ni saya rasa kecewa dengan pentadbiran sekolah, Tambahan pula ia memberi tekanan kepada pelajar yang akan menduduki Kimia Kertas 3 jam 2 petang nanti"
Seorang guru yang bertanggungjawab menjaga gimnasium memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau sudah mengunci pintu tetapi pencuri terbabit telah memecahkan dinding gimnasium.
Mengulas kepada kenyataan dan kronologi awal oleh Sarjan Kadet Koreksional SSI((pandai pandai aku)), Sj. Isaa,beliau memaklumkan bahawa jenayah yang berlaku telah dirancang lama. Beliau juga kesal akan kegagalan pihak sekolah menyediakan cctv di kawasan yang dikatakan 'titik panas'(hot spot). Hal ini tidak sepatutnya berulang kerana kejadian ini sebenarnya telah berlaku sejak Khamis lalu apabila 6 orang pelajar juga telah mengalami kecurian telefon bimbit dan wang tunai.
Temubual antara pelajar yang terselamat dari musibah kesialan ini ialah Marshi. Beliau memaklumkan kepada pemberita dengan nada sinis " saya memang selalu bawa, Tapi hari ini telefon saya kehabisan bateri, jadi saya meminta bantuan seorang rakan untuk mengecaskanyya. kepada rakan-rakan yang kehilangan hp,harap bersabar. Tapi agak-agak berapi jom lah kita buat rusuhan damai menyerahkan momerandum kepada pengetua. Haha"
Guru penolong kanan sekolah terbabit ketika ditemubual enggan mengulas lanjut. Manakala pengetua sekolah terbabit tidak berjaya dihubungi. Ibu bapa turut berasa kesal dengan kejadian itu. Seorang peguam terkenal, Encik Hisham bercadang untuk mengfailakan kes ini di mahkamah kerana hal ini sangat-sangat mendukacitakan pelajar dan ibu bapa. Sekolah yang sepatutnya menjadi institusi perlindungan tidak lagi berperanan sedemikian. Walau bagaimanapun, pihak sekolah masih sedaya upaya untuk menutup bangkai gajah daripada di hidu media massa kerana akn menjejaskan nama baik sekolah.
haa.. Amacam? Aku ada bakat jadi pembaca berita i mean, wartawan? Haha. itu jelah aku nak cakap. Tapi serious aku rasa sangat palat kott.. Haha. dalam bersedih aku masih mampu ketawa. Tahiniah lah Isaa..haha..
nota punggung: maaf lah. Aku tak bole sebut nama sekolah. Tapi paham-paham sendiri lah kan, jangan nak tutup bangkai gajah pakai daun terup pulak..atau handset daun memang tak de nyee..
Fakta sebenar: aku tak rasa sekolah report polis. sebab aku tak nampak pun polis datang buat siasatan?? Haha.. SIALsatan ada laa...haa.. Macam-macam lah.. dan dialog-dialog pun aku reka sendiri. Apa kes? Haa,,yang part bapa aku nak saman sekolah,itu betul, Haha..
disediakan oleh,
Izzah syahirah
Izzah syahirah
No comments:
Post a Comment