SUKA?BACA.TAK SUKA?BERAMBUS!AKU MEMANG KASAR.KENAPA??
relationships are like glass.sometimes its better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together

i miss you

18 December, 2010

ehh,aku jugak yang salah??

Terasa nak memaki-maki dan mencarutkan segala yang sedang mencarut dalam kepala aku. Tapi aku masih waras. Kadang-kadang bila aku pegang pisau,aku terbayang aku ambil pisau tu dan aku rodok ke perut kau. Cepat-cepat aku istighfar. Astaghfirullahalazim..Setan itu ada saja nak sesatkan aku. Kenapa kau tak pernah nak cuba faham? Memang budi bahasa semua dah hapus ke kat dalam rumah ni? Sampai nak kena cakap sambil menjerit. Kita bukan kat dalam bilik karaoke. Bukan kat tengah-tengah konsert Green Day..

Bila hanya aku yang salah.Aku cuba betulkan keadaan.Ianya pulih untuk 2 3 minit dan kembali hancur.Bukan aku yang hancurkan,Tapi aku nak cakap tahniah pada diri kau,dan pada,cara kau cakap.Kau dah berjaya memprovok aku.dan aku menjadi tidak waras.Aku teriak2!Aku bentak2!Aku!Aku!Maaf..Aku tak berniat....Tapi aku dah pun melakukannya.Tiada apa boleh dilakukan untuk padamkan memory kau atas kebodohan aku..Ye. Tatkala itu aku bodoh. Bodoh sebab termakan dek provokasi kau.Bila aku marah, kau meradang tapi syaitan tertawa bertempik sorak meraikan kejayaan mereka atas kekurangajaran aku terhadap kau.
Semua ni berlaku sebab kau tak faham aku,Walhal untuk benda yang sangat little tiny thing macam aku suka cakap sorang-sorang.Siapa suruh kau layan.Aku nak masak nasi,
Aku tanya kepada Cik Aku,"erm,nasi berapa pot ye?" Kenapa tiba-tiba nak marah dengan mengatakan aku tak pernah nak simpan semua benda yang kau ajar? Oh. Terkejut saya.((salah tanda baca aku ni.)..Sampai tiba-tiba aku nak idle je dalam rumah ni. Aku buat benda yang aku suka ,petik gitar,tekan keyboard(tak mampu lagi beli piano. 2nd hand rm2K..whoott),tapi akhirnya kau akan cakap aku kurang ajar juga. Apa yang aku perlu buat? Kalau korang-korang kat dalam tempat aku,korang buat apa? Tolong aku. Tolong ingatkan aku. Kisah ku tersedar. HAhahahaha... Erm,semoga hari esok,aku bangun dan mulakan segala dengan perkara yang baru. Aku tak nak post entry ni sebenarnya sebab nanti aku terbaca ke apa ke,nanti aku ter-ohh ini yang terjadi pada hari sekian dan detik sekian. Tak apa la.. Buat je apa yang boleh. Semua pun boleh, Bak kata Mizz Nina, Aizat Amdan,Noh Hujan dan err,,dah ramai kott guna ayat ni "kita kayuh pelan-pelan"!!!



notapunggung: mendapat nasihat yang bernas dari encik ini.Sila klik, hehe. Beliau menge-share benda ni kat aku. Aku share kat korang. Jadi ilmunya berterusan..

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada
perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
9 minutes ago · · · See friendship


Baiklah rakan-rakan..Lets tidur!

No comments: