SUKA?BACA.TAK SUKA?BERAMBUS!AKU MEMANG KASAR.KENAPA??
relationships are like glass.sometimes its better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together

i miss you

30 November, 2010

kecaman yang kejam

Aku dikecam dunia yang kejam mengecam aku lalu aku,
Terkecam,
Terduduk,
Terjelepok,
Terkesima,
Terinjak
lalu terlunas segala benak
kata dalam tawa dalam derai hilai tawa manusia alpa.
Kecamlah aku!
Andai ia dapat melepaskan aku dari kecaman manusia kejam yang mengecam lalu kau terkecam.
tertawa,
tersenyum,
terhilai,
tergelak,
terlatah.
Lalu terburai segala ayat,kata dalam minda dalam hitam jiwa,busuk hati,tengik darah.
lalu ku kutip kata dengan pena tapi aku dikecam
oleh dakwat,
oleh mata pena,
oleh kertas kumal,
oleh angin,
oleh papan alas.
dan aku masih dikecam oleh si kejam yang mengecam lalau aku terkulai dihempuk kekecaman.
barangkali aku sebenarnya pengecam itu.



isaaisiza,
12.25pm(tp aku rasa macam baru 9 lebih)
bilik 2(SPM)

28 November, 2010

perempuan boleh buat apa yang lelaki buat termasuk merokok!


Aku selongkar-longkar penulisan aku. Tis Tis tsskk. Mengalir air mata. Tapi di dalam sahaja. Kenapa? Aku saja yang tahu. Huhu. Ok.
Aku nak cakap apa sebenarnya?

Kita hidup dalam dunia pasca-inovasi.
Zaman wanita bukan lagi
bergelumang tepung di dapur,
berhitam dahi meniup arang,
bermandi peluh membanting padi,
menjilat air liur kehausan di ladang.

Apa yang aku nak cakap ialah keluasannya minda,wanita kini seiring lelaki, Apa yang sang laki bikin,wanita tak mahu kalah. Malangnya ceteknya fikiran dungu nye intelek(maaf sedikit kasar).

Aku menyelak-selak entry lama seorang lelaki. Namanya erm,klik di sini. Eh,tak jadi. Ok. Nanti-nanti sahaja aku kenalkan. Hah. Aku terpanggil untuk menulis setelah aku terbaca secara tak tersengaja entry nye bertajuk 'Perempuan Merokok Perempuan Jahat'. Hah. Setelah klik kau kenal kan empunya diri? Erm,malas nak ulas bebanyak lah kan. Membangkitkan kemarahan.


Aku nak cerita sedikit terpesong lah kan. Satu pagi hening aku jalan-jalan di Bandar petak (citysquare,jb). Jangan di tanya apa aku buat seawal jam itu di tengah-tengah pusat bandar,apa lagi di waktu orang lain duduk melangok kat perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah yang telah diubah liriknya. Sumpah aku tak suka lirik baru itu. Tapi siapa aku?
Sambung,weyh!

Berjalan seiring pakcik-makcik-abang-kakak yang menuju ke destinasi wang di raih setiap bulan(office tempat kerja lah kan). Satu penjuru kelihatan dua gadis. Seorang lengkap berpakaian pejabat. Seorang lagi pula berbaju kurung. Nampak manis. Tapi bukan itu menjadi pokok perbincangan kami detik itu. Mereka berdua nyata ashik menyedut asap-asap dari sebatang rokok. Wahh. Ini sudah hebat. Tidak pernah terlintas aku melihat akan seorang gadis berbaju kurung berbuat begitu di tempat awam.

Kata kawanku,"eh,kau dah pakai baju kurung ,lepas tu smoke depan-depan orang ramai.". Sampuk seorang lagi gadis aku," Tu la. Tak ada ......" er,,,memang aku tak boleh taip sebab ayat kawan aku tu dah sayup-sayup je. Perihal gadis terus di bahas dan aku semakin lenyap dalam dunia aku sendiri. Memang aku terasa malas nak bicarakan perihal ini. Cuba memperdepat perkara yang ala-ala sensetif ini tak kan kemana. Jadi baik aku diamkan. Dan hal itu pun telah lama pergi meninggalkan aku sehingga aku terbca blog encik Zahiril ini.

Benarlah kan. Kalau kau pakai baju kurung,kau tak boleh hisap rokok. Habis nak pakai apa? Bikini? Hah. Kenapa lelaki pakai baju melayu,pakcik-pakcik berketayap lepak warung sementara tunggu Khutbah Jumaat usai boleh bertenang-tenang kacang menyalakan rokoknya?
Nak cakap apa? Kalau kau muka melayu,cakap melayu, tak payah nak sentuh rokok? Habis kalau nak hisap kena buat pembedahan plastik mata kasi sepet muka kasi putih cakap kasi omputeh lepas tu baru kau bole pegang rokok? Kenapa lelaki melayu boleh pegang rokok? Kalau based on cerita Zahiril,kawan dia tu cina. Jadi masalah ni tak berlingkar dalam arena melayu. Tapi mungkin dalam arena masyarakat Malaysia itu sendiri.. Stigma berkurun tu dah tak boleh nak di pakai lagi lah kott.. Kalau nak cerita bab fatwa kerajaan memang dah tak boleh cakap lebih-lebih .Nanti kena masuk ISA hancur punah lebur luluh rebah segala cita dan angan aku nak berlakon teater di bawah arahan si mamat Zahiril Adzim dan Farid Ayam kan. Jadi aku tak tahu lagi apa aku nak buat. Bukan setakat gadis melayu-ala-ala-santun ni kan. Lelaki melayu pun macam tu. Setiap kali aku tanya kan solan yang sama jawapan mereka cukup aku hafal "tak manis perempuan yang terkenal dengan sifat lemah-lembut hisap rokok." Habis kalau panjat pokok, masuk gusti semua tak lemah lembut nak cerita apa weyh?



Bercerita tentang rokok mengingatkan aku kepada Arwah Tok Nipis dan Arwah Busu aka Cik Ajip aku. Fuhh. Menyayat.. Aku pinjam kau orang 3 minit je. Tak lama pun. Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka berdua. Tapi hati-hati dengan nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah tuh kalau kau orang salah baca. Hehe..


Sekarang macam mana? Ada yang nak betah? Now aku rasa aku dah ready since aku lagi beberapa hari je tinggal untuk bergelar pelajar sekolah. Hah. Terasa puas meninggalkan alam tempat aku di injak. Tapi zaman ini yang mengajar aku erti kepalatan kehidupan. Kalau aku tak berglar remaja sekolah mesti aku aku er,,mesti aku bukan aku lah. Haha..




p/s: dari pagi jam 10 pagi weyh aku load cerita Gadoh 2009 dekat Youtube la mofie ke ape entah nama dia now baru habis tengok.. Tak melampau kan broadband rumah aku. Memang. Memang tak melampau.


aku rasa:aku telah provok manusia-manusia yang berfikiran sempit. Aku bela bukan sebab aku smoker, Tapi aku faham bagaimana rasanya ketagih akan sesuatu.

kau rasa: kau telah diprovok dek pemikiran sempit kau. Kau fikir aku perokok sebab tu aku bela mereka!






serius ni aku type dari jam 4 petang(idea susah mau datang maa)),
Izzah Syahirah.

26 November, 2010

sejarah yang mematikan hati,lalu aku menjadi tidak adil untukmu

Sejarah mematikan hati.
Seminit,dua minit,10 minit,30 minit,satu jam,satu jam 30 minit,dua jam,nah! Dua jam setengah,aku duduk melongok,melongoi,merodok minda mencana tafsir tapi apa balasannya?
Aku masih melangok,masih tak pasti. Aku ketuk papan ni,aku delete balik,ku ulang dan ulang. Tapi apa? Masih sama. Masih sekumal picisan. Masih membosankan.

Kejadian semalam mengganggu benak ku. Apa aku masih berharap agar dia untukku? Tidak sama sekali. Melupakannya merupakan perkara yang aku paling suka. Melupakannya hanya seakan mengoyakkan kertas dan meng-deactivate myspace. Wahh. Aku mahu kau ketika di zaman kegemilangan Myspace. Serious. Kau paham aku dan aku paham kau. Tapi sejarah tinggal sejarah. Dan sejarah itulah yang sedang mematah-matahkan hati aku. Menjadi kepingan dan kau hinjak hinjak. Tanpa aku sedar,tiada lagi hati aku untuk kau. Memang,aku akui, aku rindu yang teramat sangat. Tapi apa aku boleh buat? Nak nyatakan pun seakan dipaksa menelan pasir timbusan tahi kucing. Lain yang aku nak khabarkan,lain yang terluahkan. Aku aku aku hanya si gadis yang rindukan si jejaka yang pernah menjadi cahaya bulan aku. Tapi kau menjadi gerhana yang tak pernah hilang. Kau gerhana di hati aku.







Aku tidak pernah adil untuk mu,
Bersua muka ku lindung wajahku,
Aku mahu mendampingimu,
Untuk setiap hembusan nafasmu,
Untuk setiap butir bicaramu.

Jangan tinggalkan aku,
Walau aku tak adil untuk mu,
Jangan padamkan aku dari kotak mimpi mu,
Walau aku bukan gadis mu.

Ku kirim nota cinta,
Ku pinta burung kirimkan untuk mu,
Ku pinta angin hembuskan di hati mu,
Ku mahu kau dipuput lembut dek sang bayu,
Kerna aku tidak pernah adil untuk mu.




p/s: I am listening to 'Sepi' by 'Yuni shara'.. Sedih woo..

Aku ikhlas ni nak merapu,
Izzah Syahirah

25 November, 2010

stalk your shadow as much as I could stalk

ok..Can I jump?? Huhu..
Why?? Ok,,come come..Let me tell this so much so much happy story ever..
Haha..
He updated his status,,he said for those whose name were written,,i thought,,ok,,for sure ni lah benda yang aku fikir. "ok,,mesti nama aku tak ada. Cehh,,ni mesti nak wish spm lah kan.. Huu. Sobss,,jangan click or u might regret it"..Haha...Yeye kan cara aku fikir??? Sangat serabai...

Ok,,then,,my mozilla firefox was badly damaged,,with superb severe injured,,haha,,,something wrong with the mozilla,,i think it terbakar for real weyh!((aku da pandai ckp weyh,,tahniah)).. So we tukar from mozilla to Google Chrome. I need to rewrite his blog url and put it as favorite aka clickin on the pale star and it'll change to yellow star.blink blink (ok..apa perlu?? Haha,,. Suka lahh.)

Lagi satu,,apa purpose nye aku bebual ala-ala minah saleh terperangkap di bumi Malaysia??
English kau dah lah teraburr...euw..Boo.. Haha..


Eh,,actually maksud aku,,sebenarnya,,entry ini di buat untuk melahirkan rasa kesyukuran atas kesudian encik Stalk My Shadow meletakkan nama aku dalam entry beliau sedangkan aku hanya si budak kelas sebelah yang selalu menyusahkan dia dengan meminta test pad.. Kantoi weyh((lagi skali aku guna weyh,,hebad.)) Haha. Ok. Terima kasih sekali lagi. Jadi di kesempatan yang semakin sempit ini,,saya nak cakap ((ehh,,saya pula?) ok.. Just want to say



"tanx sebab ternyata aku ada di dalam hidup encik Stalk My Shadow ni,,ok,,Selamat Berjaya dalam peperiksaan SPM.. Wish u all the best. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Nanti belajar oversea jangan lupa orang kat sini. Beli ole-ole kalau cuti. Hee. Akan merindui saat2 tak malu meminta test pad dari encik Stalk My Shadow T_T,,nangis siket.((ok siket je..hapuskan air mata kau..hilang macho gwe))"

and tak lupa gak. Kawan-kawan lain. Teringin nak type nama cikgu dari sekolah tadika tapi memory aku ni kecil saja. So aku ingat cikgu sekolah tabika aku Cikgu Lin. Sekolah rendah pun aku ingat yang darjah 6. Haha.. Papehal pon,,aku mawu bilang ni..


"gadis-gadis semasa ku,,selamat berjuang. Maaf lambat. Aku pon tak terasa yang u girls akan baca.Haha. Masing2 busy doh.Haha.. Ape kau gelak-gelak. Yea. Walaupun SPM yang 9 hari ni agak-agak membuat aku stress tapi aku tak nak ia habis dengan cepat. I wanna spend my whole senior year with mu gadis-es. Waaaa~~ jangan lupa aku weyh (wahh dah 3 kali aku guna weyh di hujung ayat aku.lagi seklai kau guna tak payah type lah))..err,,,sedap gak letak weyh kat belakang..haha.. Ok.. Ada masa kita lepak,, ok?? Aku paling rindu nak keluar malam dengan siti farhani. =("



Dah lahh. I wanna continue twitter-ing.. Yeah.. ((berperangai seperti budak pasca-PMR))



p/s:encik Stalk My Shadow dapat ucapan khas sebab aku ada dalam entry dia.. Itu saja. Tapi dia superb cool. Soalan exam english section B 'describe the most famous student in your school',,terbayang dia siott. Sumpah. Tapi bukan aku je yang berperasaan begitu. Beberapa gadis semasa juga berfikiran jahat seperti aku. Hee.. Harap-harap dia tak baca blog aku. hee..



ingatan tulus penuh keikhlasan lahir dari hati yang bersih yang sukar di cari,
izzah syahirah.


22 November, 2010

kan bagus kalau...........

kan bagus kalau zahiril itu zahiril adzim,
kan bagus kalau spm itu trial,
kan bagus kalau aku ada kereta,
kan bagus kalau motor aku ada di sisi,
kan bagus kalau spm masih lambat,
kan bagus kalau ibu ada,
kan bagus kalau hari ini 8 dec,
kan bagus kalau kak wani da kat sini,
kan bagus kalau aku lepak umah helen,
kan bagus kalau aku punya speaker keyboard tak rosak,
kan bagus kalau sekarang ada syaza kat sebelah,
kan bagus kalau gitar syaza dia hadiahkan kat aku,
kan bagus kalau aku ada gitar baru sebiji(or sebuah??persetankan)
kan bagus kalau guitar eletric tu tak rosak,
kan bagus kalau aku ada own lappy,
kan bagus kalau hp aku blackberry,
kan bagus kalau aku masih 7 tahun,
kan bagus kalau aku tak bebual macam bagus.



dalam setiap 'kan bagus kalau' aku sedar ke-kalau-an itu tak berlaku sekarang,,

sebab....


zahiril H bukan zahiril A,
spm itu ACTUAL Sijil Pelajaran Malaysia,
aku lesan pon tak ada,
motor aku nun di Perlis abg pinjam,
SPM is TOMORROW leyh..
ibu next week maybe balik,
hari ni baru 22 nov.. Lagi 3 minggu leyh nak 8 dec. Berselang bulan tuh..
kak wani dekat spore,dia exam.
aku memang jarang pon melepak rumah helen.
speaker aku dah rosak betul2.Nak pasang amplifier sangat lah berat dan jauh dan payah.
syaza tak ada. Dia belajar kat rumah.
gitar syaza pun makayah dia belikan,ada hati nak kasi aku?Haishh,..
tambang nak pergi kedai gitar pun tak ada,nak beli gitar pebende?
gitar tuh rosak sebab short,kene air and tak ada orang nk fix it for free.. Pfft!
aku dok melangok depan laptop ibu,memakai bband abang aku.
hp aku pon di bayar oleh ibu separuh harganya.
sayang sungguh aku sudah 17 tahun..




arghhh!!!ok..daaa~~~

21 November, 2010

antara aku dan air mata

Antara entry sebelum aku tinggalkan alam persekolahan..Ye. Dalam 2 hari lagi,kaki kanan ini akan melangkah ke dalam dewan peperiksaan. (sebetulnya kelas). Aku sudah 85% bersedia. Harapannya semua berjalan lancar agag ke-sukses-an nya terjamin. Haha. Susah untuk aku katakan, terlalu banyak menerajah benak, aku jadi bingung.



Air mata tanpa penghapusnya,
Sepi mencambah benak minda,
Aku nun di satu sudut,
Sendirian,tanpa teman dan kepastian.

Masa itu akan tiba,
ssat ku genggam cinta an cita dalam satu pelukan satu hembusan setitik keringat.

Kesucian dalam kenakalan.
Indah kan?

Namun,masih lagi mutiara jernih itu dihasilkan mata
tanpa kata
tanpa kekukuhan alasan
pengertiankan aku,
apa guna wujud kau hai air mata andai sekadar penyebak dada.


Nyah saja..
dengan ini,,ku hapuskan kau
air mata.



digarap seindahnya oleh isaa..

16 November, 2010

hidup bukan untuk minta simpati

hah. Mengecap hari-hari terakhir sebelum aku memasuki dewan untuk spm,,trettt. Bukan dewan kerana aku di tempatkan di dalam kelas. Tempat duduk aku pula ternyata tidak aku senangi. Aku duduk tengah dan depan sekali menghadap white board.Argh.. Blurr mak. Heehe...

Sementara bermasa ni,aku nak mengkomen lah keadaan sekeliling aku. Biasanya aku menjadi lebih kejam bila part nih. Ok. Muka kasi thrill siket. Roar. (singa mengaum)..

Apa kejadahnya kau ni? Dasar! Bimbo kea pa hah? Tak malu ke jadi kau yang memalukan tu? Hidup kau memang untuk tagis sympathy from people around U? I mean kau took advantages on people who care bout U? Apa jenis manusia anda ni?Ok. Kau pura-pura macam kau ni tak berduit sangat sampai nak bayar duit bas pun kena mintak wang sedekah orang,tapi kau ada pula ye wang nak meronggeng di malam hari? Entah apa seyh kau fikir. Kalau aku,aku malu lah weyh nak hegeh-hegeh minta simpati. Memang kau akan hidup dengan simpati? Dear, come on lah. aku pun tak ada lah senang sangat. Duit bas aku pun lagi 2 bulan tak bayar. Tapi ada aku nak menjaja kisah aku kat orang? Aku nak memburuk-burukkan family aku macam mak abah saya tak ada nak bertanggungjawabnya phun? Even ur mom n dad dah divorce ada ur dad neglect u? Tak ada nyaa kan? Dia bagi nafkah every month. Ur mom kerja ur grandma pon kerja, apasal sampai nak menagih simpati? Bukan cakap pasal kau saja sebap kau dah ajar adik kau pon berkelakuan begitu. Aihh,,tolong lah jangan berperangai begitu.,Eyh, sedar lah. Takkan kemana nye kau dengan ishk,,aku pon rasa geli jijik dan nak muntah tengok dress up kau. Kalau cantik cam Belinda tak apa juga. Ni,, ya Allah,asal bole nak terpecah baju kau punya bahagian dada dengan apam terlebih eno kau tuh. Hah.




Papehal,, Astaghfirullahalazim. Aku hanya insan yang lemah dan tiada kesempurnaannya tapi aku cuba untuk jadi lebih sempurna.


p/s : kamu yang by ruffedge sedap sesanggat sangat nyaaa..huahuahaua

05 November, 2010

dataran je la tajuknya





jeng jengg..we went to Dataran Bandaraya JB..ahakahak!!ehh,,ahak ahak,, jadi kahak tadi..







aku pakai jacket tapi senget button,,silly,,gah,,haha...
wahh,serius cakap, nak upload pictures at facebook so lembab like tortoise jalan atas lidi. Okay?
Haha. Aku nak cakap pun malu. But aku kena jugak cakap. Aku mengadap lappy sambil pakai spect. Wow. Terkejut kah? Haha. Yelah. Mata aku rosak sudarr bro! Aku pun tak tahu nak cakap apa,buat apa,pikir apa. Berserah sudarr.. Aihh..

Ok..just wanna hit a bit about blog aku yang aku dah pasang lagu yea..jadi kau tak perlu bosan sangat kott sebab tak ada lagu kan. Tapi,,lagu nyaa agak sedih lahh. Aku dah ada cerita kann pasal lagu ni yang bapak punya sedih sampai akuturut ternangis.. Ter ye rakan-rakan.. Haha.. Memang sedih la kann...nak cerita pun,,aihh. Tak apa lah. Kau enjoy je la. Haha.. Hari ni aku penat merayap.Sebab tuh idea pon tak banyak. Sebelum terlupa, Happy Deepavali Vantikkal to all my Indians geng..Haha,.Geng tu,, Tak bole blah!







below pic,aku buat profile pic.Cam smart sajaa...




iza yang type.


04 November, 2010

jejaka lumpuh itu,menarik perhatian ku!!

Assalamualaikum,,

muslimah aku makk!! Hehe. Kau perasan sesuatu yang menarik dekat entry aku hari ni?? Ok,pedulikan sahaja. Kau akan tahu juga.


Tadi siang aku telah menemani ibu dan adik-adik ku ke hospital untuk medical check-up.Nah,,aku main hembus.bukan medical check-up. Aku teman mereka appointment dengan doktor. Ok,,kisah bermula semasa kami telah usai melakukan segala urusan termasuk menunggu ibu berborak at sembang corner((meja receptionist)).. Almaklum saja,,nurse kat receptionist tu kawan mak aku. Ok. Selepas itu kami ke kedai roti berhampiran untuk menyesakkan perut dengan apa-apa saja yang terasa sedap. Aku beli karipap sardin satu sahaja. Bukan satu ringgit malaysia,satu saja> Harganya 3 rm1,,jadi lagi dua beli karipap kentang,,untuk ibu. Aku ni bukanlah jenis yang seronok nak makan kat luar. Gila susah nak cari yang selera kat tekak aku ni.


Tapi bukan pasal tekak aku yang aku nak terbelahak kan kat sini. Sedang asik meletak bontot beralas Levis 501 yang berwarna hitam lusuh,,aku pun duduk. Tiba-tiba,,ku di lamun cintaaa ooohh ohh,,dengan dia yang sering ku puja,, Ok,,aku tipu..aku saja je nak nyanyi,,hilangkan stress. Ok lagi.aku ternampak sesusuk dada bidang duduk di atas wheel chair, aku amati jejaka itu,atas bawah.Nah,,Terpampam aku lihat kakinya tanpa muscle, Yea,,aku ulang KAKI BELIAU TAK ADA MUSCLE!NAMPAK TULANG SAJA. Kau tahu apa maknanya?Sapa jawab tak ada maknanya aku curse kau jadi guni emas,,haha.. Ok.. serious. Aku terkejut,,mamat tu lumpuh, Prammmpppp!! Macam ada petir sambar,but more to like arrow tercucuk kat hati,,Arrgghh,,inikah nama nya cinta..Ops,,Maaf,,Telewahh,,


yeah,,mamat tu aku tengok,,muka not bad.Walaupun tangan dy agak kecil,harus aku akui,bahu beliau bermuscle,Hehe,,Aku amati lagi. Wahh,,dia tersenyum. Eh sebentar! Dia ketawa. Wahh!!Tanya apa aku rasa.Aku rasa macam nak menangis sambil melutut depan mamat tu and say "sayang,,will You marry me?" hah.. Tiba-tiba aku kembali ke dunia realiti.. Ya..Harus ye untuk aku akui. Beliau sangat tabah. Dan kacak. Erk? Hehe.. Kalau aku kawan dia mesti aku akan berasa kagum dengan beliau. OK,,aku sebenarnya nak cakap,,aku terjatuh hati pada kekentalan dan ke-tough-an beliau. Hehe.. Kenapa? Kenapa dia masih tersenyum. Ok.. tutup cerita,tadah tangan doa "semoga Allah temukan aku lagi dengan that guy if we were meant to be a friend perhaps..". Kalau aku jumpa that guy,,yeah.. Aku tegur beliau.. Hehe.. Tapi macam dah ada gadis je dalam hidup beliau.. Tak pon dy 'gebek' dengan guy yang hantar dia. Nauzubillah. *aku beristigfar. Hehe.. So,,short msg for you dude. Be strong.. XOXO..Haha.. Tak memasal nak ber-xoxo segalaa..




ouh,,kontot saja entry nyaa..Tapi aku nak kasi satu phrase. Ni sajak lahh..Haha..


"selama ni aku ikut rentak kau,walau hakikatnyaa kita adalah berbeza.
aku cuba menerima bahawa kau tidak menyakitkan hati,tapi kau tega dengan perangai huduh kau.
aku rasa ini yang terbaik.
aku dah penat ikut rentak kau.
ini masa aku.
masa apa?
masa untuk beraksi.
bak kata cartoon,"It's show time!"
now,,kau tunggu je masa kau..
masa itu aku akan tiba.
aku sedar aku tak kaya.
bahasa pun ke mana.
tapi aku tahu satu benda,
aku boleh hidup tanpa kau.
tapi aku tak mampu hidup tanpa kata-kata.
kata-kata yang hanya nista semata duka menjana.
ye.
ini adalah aku,
aku yang aku kenali sejak aku menjadi aku.
dan kau!
akan aku bentuk ikut acuan aku..
andai acuan ku pecah,,maaf kawan.
muka lu wa kasi pecah.
aku janji jenguk kau kat hospital,
tapi selepas aku keluar Henry Gurney lah kan.
apa apa hal pun,,
selamat tinggal aku ucapkan.."



p/s: aku tulis dengan mengikuti tatabahsa ye. See? Aku meletakkan huruf besar dan kecil di tempat yang benar..Haha..Ok,,Akan aku baiki cara penulisan blog dari sehari mentiti titi demi sehari yang selanjutnyaa..
((ini adalah repost.sebelum ini tajuknya ialah "jejaka lumpuh itu,menari perhatian ku" kejadahnya menari. Haha.Yang itu tak kelakar okay. Aku saja gelak2 menghibur hati yang lara))


isaaisiza,

02 November, 2010

dari gadis bermoral,,buat Miss

MISS,,

ok..
aku hanya si gadis berhati buta,
tanpa fikir ku lontarkan kata,
lantas setiap kata menjadi nista,
bukan kepada aku tetapi pada kita,
dan kita kini bersengketa.

haha,,kelaka lah sajak aku,,
huhu,,lately aku rasa semua perkara yang berlegar di horizon minda tidak terletak pada baris,lajur,longitud dan latitud yang betul dan tepat,,aku cuba mencari prakarsa nyaa,,kesudahannya,,aku menjadi semakin kasar,,haha,,
jujur aku katakan,,aku buka seorang yang akan menyesal terhadap tindakan ku,,tapi andai untuk yang pertamanya,,demi kau,,aku mengalah,,haha,,,



apa seyh,,aku merendahkan ego ku separas pinggangmu,,memohon maaf??ouh,,kau jadi manusia yang bersyukur lahh,,,




yaa,,aku mengakuinyaa,,,aku bukan si gadis yang touching,,feeling,,baru kena hah! sikett terus nak melarikan diri dari pandanngan alam dan pohon,,mengukur muka di lubang jamban,,haha,,,ukur muka atau air mata??ouh,,air hidung,,hehe,,,jadi kau orang-kau orang tak seharusnyaa menikam aku dari depan ketika aku sedang siokk-siokk tengok tv,,itu kejam namanyaa,,,haha,,,sering kau fikir hati orang lain,,sering aku tertanya "mengapa tak kau jaga hati aku?",,tapi aku akhirnya di tempelak,,kata kau "ehh,,hati kau saja,,hati aku"..now,,senang begini,,kita jangan busy-busy mau jaga hati sapa..jaga sendirian berhad punyaa sudarr,,tapi,,now,,,cehh,,,punya banyak kau punya tapi,,hehe,,,now,,kau nak suruh aku jaga hati dy>???ehh,,,



haha,,,

aku dah cakap,,blog ni rude phrases..so kalau kau terasa dengan post aku,,memang selayaknyaa lah kau nak berasa terasa perasaan,,aku memang seorang saja,,nak dibanding beza dengan kau orang yang konon2 nak sekroni itu,,sekurang-kurangnyaa aku bukan lalang,,,


hey gadis,,
kalau kau nampak si suami bergaduh dengan si isteri,boleh ke kau assume siapa yang salah??tentu tidak unless kau dah dengar ye aku ulang DENGAR dan bukan melihat dengan mata kasar ala-ala rabun ayam kau itu,,,kau tak kan bole buat,,sebab kau tak mengalaminya,,,kau bukan sang suami mahupun sang isteri atau pun sang kelembai,,((dy kan ada cermin sakti,,boleh tengok kan))...kau tak mengalami situasinya,,kau hanya menDENGAR!


jangan nanti sudah terkena batang hidung baru nak beki set si'nose..

solusinyaa,,,tiada solusi,,now aku nak cakap,,aku nak stopkan kepalatan ini,,jangan risau,,luka aku yang bernanah ni bole aku sorok,,aku bole dressing sendiri,,kau tak perlu nak merisau atau so'-so' ambil berat kerana aku memang tak amik korang serius,,and especially kau lah kan,,budak yang cari pasal..biar lah semua orang cakap memang aku yang bersalah,,hanya SATU je kawan yang back-up aku((kawan tapi tak backing kawan tuh apa namanya??)),tak apa aku tak kisah,,,kerana AKU GADIS BERMORAL...masing-masing pun dah besar..aku nak buat kecah??tak lah,,sebab,,selepas aku post entry ni,,tak ada makhluk tuhan seksi atau tidak,,anda adalah dilarang menyebut nama Miss ni depan aku,,ok??ye..aku Gadis Moral!~!moral sila lihat kamus merujuk kepada moral3..TQ..hakhak...

ok,,moral=berjuang untuk menegakkan kebenaran((tak silap aku,,aku silap,,lantak aku la))



memang bukan ni yang aku harapkan,,nak putus-putus kawan segala,,aku tegur kau elok je,,tapi kau yang rasa jijik kott nak pandang muka aku..come on lah,,kta kenal baru 2 tahun,,rapat setahun pon tak sampai,nak texting dengan kau pun sangat2 jarang,haha,,,

Miss,,aku nak kau tahu,,aku tak kisah hilang kau dari hidup aku,,sebab aku need a companion,,who lift me up not bring me down,,tapi kau,,u didn't bring me down but u burnt me beb,,haha,,hebad kan kau,,tahniah,..


p/s:aku repost and repair blog ini dah berapa kali entah,,,3 ke 4 kali,,aihh


GADIS BERMORAL








01 November, 2010

Disember Cinta Kita? (two thumbs up)


warghhh,,nafsu untuk aku menge-post entry seterusnya meronta-ronta dari lubuk jowa terdalamku,,namun aku hanya si gadis yang tiba-tiba lemah,,lemah apabila tak berjaya menghalang virus sakit tekak,,hah,,mungkin kerana faktor cuaca yang terkadang gumbira terkadang sedih seperti hari ini,,,cuaca yang terik tak pernah menghalang angin untuk terus membadai rumahku(hiperbola),,haha,,,

erm,,entahlahh,,nafsu yang bergelojak sebentar
tadi telah hilang di telan terus,,mungkin kerana enak banget ikan asam pedas dan sambal labu air itu kott,,haha,,,ok ok,,,ermm,,serius...








tis tis tis,,apa itu??haa,,,air mata aku jatuh,,setitik dua titik 3 titik,,arghh,kenapa harus kau bocor hai mata??ingin aku bilang sama kau,,sudah aku habiskan pembacaan novel Disember Cinta Kita,,,((gambar ada kat atas))wooo,,sedih bapak woooo~~~haha,,,ok,,lepas tuh aku tiba-tiba terasa terpanggil-panggil nak dengar lagu ni,,tapi aku punya 4shared rosak,,nak tak nak aku terpakasa err,,tak begitu terpaksa,,biasa-biasa sajaa,,ok,,aku pun membuka lagu nyaa di youtube,,ok,,not mytube atau facetube..bhahaha,,,ok,,x kelaka pon aku rasa,,saja nak gelak,,lu tak puas hati ape kes???hah,,nak tau lagu apa,,haa,,,meh meh,,aku aksi kau dengar,,tp kau kena bukak laa sendiri dekat youtube yea,,l klik link sebelah,,yeah,,keletuk,,hah,buruk benar bunyi mouse kau..haha,,, MERINDUNYA ok,,detik 2.17 je meleleh terus air mata gua,,haha,,gua touching doe,,sejak sejak nih,,nak nak lagu dy siap cakap
"Tuhan kembalikan dia padaku,karna ku tak sanggup,berada jauh darinya",,wahhh,,kenapa seyh,,,,just tell me where is the mistake or maybe mistakes,,=( I give it all,and then I give it more but then I know there's nothing I can do anymore,,i listen t the song over and over but still huh,,touching terlebih sudarr,,haha,,,wtv it is,,aku nak sangat dia tuh err,,,siapa-siapa jelah dia tuh kan,,aku nak dia tahu


in the sunlight that's where i'll be
in the moonlight close your eyes,you will see me
in the sunrise,in the twilight
i'll be in the morning and the evening star
i'll be there with you,wherever you are

p/s:aku cedok dari novel tu lah,,haha,,,semoga Engku Fareez tenang di sana,,ok,,kalau di movie kan,,fuhh,,,menarik siott,,x banyak sangat konflik,,tapi ermm,,,bole lah di cut mana-mana bahagian yang agak2 meleweh kan,,haha,,ouh,,Amy terima jelah Haikal tuh,,ok,,hehe,,,ok kalau buat movie,,aku rasa si Fareez ni boleh la kalau diberi kepada ermm,,aku pon tak tahu,,da tak ramai artis lelaki yang berbadan agak sekeping,,memasing nak ehk,jalan berkepak dengan awek romantis,,ehh,,bukan,,,masing2 nak angkat berat sana sini,,badan sume sudar sedap mata memandang,,haha,,tapi kalau farid kamil pon ok gak,,zahiril ke,,aww,,,haha,,ok,,kalau Amy pulak,,sesuai sangat kalau Jue Aziz yang act,,sebab sepanjang aku baca,,aku rasa Jue tuh sesuai betul dengan watak nih,,haha,,,ok,,untuk Haikal pulak bagi dekat Fahrin ke,,ataupun Aaron,,haaa,,sesuai bangat,,,haha,,,watak haikal ni,,ramai dah kott artis yang berbadan macam dy,,haha,,,

tibe2 yang aku menyemak megulas apa segala kenapa kan,,haha,,,



aku rasa aku bayak merepek laa hari ni,,aihh,,buadk bosan tak sekolah emmang macam ni,,hakhak,,,ok la,,,aku rasa macam nak pergi mentidurkan diri,,haha,,,



p/s:cehh,,berapa banyak kau punya p?s??haha,,ok,,korang perasan x font dy kejap lain kejap lain??haa,,,itu tak sengaja laa weyh,,haha,,,



isaa lah kan?