SUKA?BACA.TAK SUKA?BERAMBUS!AKU MEMANG KASAR.KENAPA??
relationships are like glass.sometimes its better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together

i miss you

21 December, 2010

100 kebenaran tentang aku





Tentang anda
1.nama penuh : Izzah Syahirah
2.nama kosong(pendek): Isaa or iza
3.Zodiak : Libra
4. jejaka ke gadis: Gadis
5.Sekolah paling rendah : Tabika Perpaduan Kempas Baru (B)
6.Sekolah paling tinggi : SMK Sultan Ismail
7.Kolej : Belum lagi
8. Warna rambut : hitam tapi aku ada uban sikit sebab dulu pernah warna rambut merah klasik
9.Tinggi/rendah : Tinggi
10.baju sejuk/seluar jeans : baju sejuk
11. Telephone/ kamera : Blackberry hehe,, handphone la..
12.Sakit teruk : Tidak. sakit gelak, Haha.
13. Oren / epal: Epal hijau
14. Pernah suka sesiapa : Pernah =,=
15. Minum/makan: minum
16. Tindik telinga : satu kanan satu kiri ,akan datang 2 kanan satu bibir.haha..
17. Pepsi / coke : Pepsi with lemon..kacip fatimah pearl pon boleh.
18.Ketinggian tepat :
169cm

Pernah
19.naik kapal terbang : Tak pernah
20.dalam perhubungan : Pernah
21.terlibat kemalangan : Pernah
22.duduk dalam penjara : Pernah ((kantoi sudah. Terpaksa ni))
23.bekerja : pernah

Pertama sekali...
24.apa rasa ~ tindik telinga : masa kecil jadi tak ingat
25.kawan baik yang ~ : anis adila
26.anugerah ~ : peserta kem darjah 6 terbaik. Wahahaha
27.crush yang ~ : I____ S_____..((err err,,rindu kau))
28.perkataan ~ : ehh,,entah. Tak tahu la.

terakhir
29.Last person you talked to in person : adik aku. Dia suruh search Azlee Khairi
30.Last person you text : Diana Sinona
31.Last person you watched a wovie with : Diana, Ismat, Fana, Alyaa erm,,agak ramai masa tu.
32. Last movie you watched : kalau kat wayang Adnan Sempit. Kalau kat rumah Jangan Pandang Belakang Congkak 2
33.Last song you listen to : Sungai Lui by Aizat Amdan
34.Last thing you bought : Getah rambut kat Sinma ehh tak lepas tu pergi Coolblog beli milk tea chocolate
35.last person you hugged : My 2nd last lil sister..Huuu~~

Kegemaran
36.Makan : Kuey Tiow Goreng Basah
37.Minum : Limau Ais
38.Seluar : Jeans Levi's tapi semakin jarang sebab aku suka baju kurung/kebaya
39.Bunga : Lavender
40.Haiwan : err,, arnab. Ouh. Tak suka senanya.
41.Cerita : Arahan Afdlin Shauki,Mamat Khalid.Ada Zahiril Adzim/Amerul Affendi/Namron yang berlakon
42.Subjek : Pendidikan Muzik?? Mathematics
43.Warna : Merah,hijau epal
44.Kereta : kelisa,mini cooper
45.Telefon: Blackberry Storm/ Blackberry slide tuu or erm,, Blackberry la..haha.

Pernahkah anda
46.jatuh cinta : Pernah
47.sambut Halloween :
Tak Pernah
48.hancur hati : Pernah
49.ada orang tanya pasal status jantina : Pernah
50.mengandung : Tak Pernah.Minum air yang mengandungi ehh tak payah merepek..
51.menggugurkan kandungan : Tak Pernah.Menggugurkan daun kering pernah.
51.buat sesuatu yang disesali : Pernah. Tapi itu dulu. sekarang buat je, Menyesal? No way!
53.mungkir janji : Pernah
54. sembunyikan rahsia :Pernah
55.pura-pura bahagia :Pernah
56.berjumpa dengan seseorang yang mengubah hidup : Pernah
57.pura-pura sakit :Pernah
58.tinggalkan negara : Pernah
59.buat benda merapek lagi tak masuk akal : Pernah dan sering
60.menangis sebab benda bangang : Tidak Pernah. Bangang pada orang tidak pada aku kan.
61.berlari berbatu-batu : Pernah. Bila aku ada masalah
62.pergi pantai dengan kawan baik : Pernah tapi buat-buat tak pernah je.
63.tinggal seorang kat rumah selama 2 hari : Tak Pernah
64.membenci seseorang : Pernah tapi tak lama pun

Sekarang sedang
65.makan : Tidak
66.minum :tidak
67.mendengar : ya
68.duduk/baring : duduk
69.plan hari ini : kemas rumah,ke Jakel
70.plan hari esok : Biar keadaan mententukannya
71.mentunggu : sangat berharap

Masa hadapan
72.nak anak : nak.Mungkin
73.nak kahwin : tentu sekali
73.Kerjaya : seorang pemilik pusat pendidikan awal kanak-kanak
75. Mata atau bibir : mata
76.Makin pendek ke tinggi : Semakin tinggi(harapnya))
77. Spontan atau romantik : Spontan,a bit clumsy but it'll surely show how romantic I am
78.masih mencari / hubungan serius : bersedia ke fasa seterusnya!
79. paras rupa / personaliti :personaliti

Pernah tak
80.hilang cermin mata/contact lens : mata saya terbaik! (alhamdulillah)
81.bunuh orang :bunuh nyamuk
82.hancurkan hati orang : ter-tak-sengaja-kan
83.bercinta : sepertinya
84.menangis bila seseorang meninggal : mestilah. =(
85.dah keluar baru sedar sesuatu tak kena : pernah.tapi buat bodoh.Nanti mood spoil.

Percayakan
86.diri sendiri ; siapa lagi kan.
87.keajaiban : harapan,semoga ada.
88.Santa Clause : tak langsung.
89.Tooth fairy : Dr. Amim. Dia tolong kasi repair org punya gigi.
90.Syurga : pastinya.
91.Sex pada date pertama : Tidak sama sekali.
92.Ciuman pada date pertama : ciuman pada malam pertama.. haha..
Sebenarbenarnyaa,,
93.kau mahu bersama dengan seseorang : ye.Sangat menginginkan
94.kau tahu kawan sejati kau : belum pasti. Mungkin ye. Mungkin tidak
95.percaya pada Allah : Mana lagi tempat aku mengadu.
96.kalau ada bintang jatuh nak minta apa : tak percaya pada bintang yang jatuh
97.ciri lelaki idaman : tegap,lebih tinggi,pendirian teguh,biar merepek asal berhasil,biar miskin asal bahagia
98.Impian:ada Blacberry sebiji,kelisa sebuah,gitar setong,berlakon dalam teater arahan Zahiril Adzim,jadi anak yang baik dan berbakti
99.kalau jumpa si dia nak cakap : saya sayang awak,saya nak apa? Hidup dengan awak,ketawa dan menangis dengan awak, sebab saya cintakan awak ialah kerana saya sayang awak.
100.post sebagai 100 kebenaran : YA!!


nota punggung : di petik idea asal daripada About Me-Alyaa Nursa'adah. Terima kasih sebab baca. Aku seronok buat benda ni. Serious.


digarap seindahnya oleh isaa.

orang menge-tag kita membalas

mendapat tag daripada Alyaa dan Fannaa


1. Adakah anda rasa HOT?

Hot?? Erm,kalau aku pakai baju kurung or kebaya aku rasa aku hot.. Lagi-lagi time menapak tahan bas or taxi..


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang?




3. Cerita pasal gambar ni

Ni gambar kami adik beradik pada raya yang lalu. Kerana lappy keluarga maka gambar pun keluarga. Ada niat meletak gambar kami bergambar dengan guitar tp dibatalkan kerana aku akan diserang sakit perut apabila memerhatikannya.. Agak serabut gak desktop ni, Mentunggu abang aku balik untuk clean kan semunyaa.. Virus pun banyak,, Biasaa..virus2 cinta..

4. Kali terakhir makan pizza

Last 3 weeks. Aku masak sendiri woit!


5. Lagu terakhir yang anda dengar

Sungai Lui by Aizat Amdan. (Touching wa..ttettt..aku tipu))


6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

Layan tweet. Biasa la, artis. Ok aku tipu lagi.. Aku tengah dengar cerita "Putera Katak". Sambil galak bertwitter.


7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?

Sekolah menengah orang panggil Izah,zah la kan..Bila end of form 3 Diana Sinona suka panggil aku Isaa. Bila dah form 4 to form 5 memang dah ramai panggil aku Isaa.. Sedap gak kan. Hehe. Tapi family aku stick panggil aku Syira or Eya.


8. Tag lagi 5 orang

1)
Atiqah Syazwani

2)
Hazirah Hafiz


3)Miss da' vogue


4) Muhammad Faiz Syazwan

5)
Syafiqah Rahman


9. Siapa no 1 dengan anda?

Kawan baik,kawan gelak,kawan tonggeng,kawan study,kawan menyewel


10. Katakan sesuatu kepada no 5

Happy to see ur new improvement

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?

dengan no. 4..Haha

12. Bagaimana pula dengan no 2?

dengan.. Herm,, aku selalu nampak dia ni lepak dengan Izzri, Tapi ada sesuatu yang aku rasa herm,,aku nak dia dengan dis one guy.. Mesti sangat sweet..

13. Kata kata cinta kepada orang no 4

saya sayang abang faiz jika beliau membelikan saya handphone baru. Weee~~

14. Berikan 4 fakta tentang orang yang kamu tag :

Atiqah: dia sangat sewel, tapi kelakar dan genius boleh tahan.

hazirah: orang pandai selalu blurr. kembar kepada Atiqah.

Miss Da vogue: aku rasa dia ni cantik la.. Huuu~~ suka tengok beliau pakai kebaya.

Faiz syazwan: seorang yang selambe and kelakar and bertangan seni.

Syafiqah Rahman : tua setahun. Tapi kecil je,Tapi suara dia besar. sarjan kadet wa ni.






di-type sejujurnyaa oleh isaa tawu!!

18 December, 2010

ehh,aku jugak yang salah??

Terasa nak memaki-maki dan mencarutkan segala yang sedang mencarut dalam kepala aku. Tapi aku masih waras. Kadang-kadang bila aku pegang pisau,aku terbayang aku ambil pisau tu dan aku rodok ke perut kau. Cepat-cepat aku istighfar. Astaghfirullahalazim..Setan itu ada saja nak sesatkan aku. Kenapa kau tak pernah nak cuba faham? Memang budi bahasa semua dah hapus ke kat dalam rumah ni? Sampai nak kena cakap sambil menjerit. Kita bukan kat dalam bilik karaoke. Bukan kat tengah-tengah konsert Green Day..

Bila hanya aku yang salah.Aku cuba betulkan keadaan.Ianya pulih untuk 2 3 minit dan kembali hancur.Bukan aku yang hancurkan,Tapi aku nak cakap tahniah pada diri kau,dan pada,cara kau cakap.Kau dah berjaya memprovok aku.dan aku menjadi tidak waras.Aku teriak2!Aku bentak2!Aku!Aku!Maaf..Aku tak berniat....Tapi aku dah pun melakukannya.Tiada apa boleh dilakukan untuk padamkan memory kau atas kebodohan aku..Ye. Tatkala itu aku bodoh. Bodoh sebab termakan dek provokasi kau.Bila aku marah, kau meradang tapi syaitan tertawa bertempik sorak meraikan kejayaan mereka atas kekurangajaran aku terhadap kau.
Semua ni berlaku sebab kau tak faham aku,Walhal untuk benda yang sangat little tiny thing macam aku suka cakap sorang-sorang.Siapa suruh kau layan.Aku nak masak nasi,
Aku tanya kepada Cik Aku,"erm,nasi berapa pot ye?" Kenapa tiba-tiba nak marah dengan mengatakan aku tak pernah nak simpan semua benda yang kau ajar? Oh. Terkejut saya.((salah tanda baca aku ni.)..Sampai tiba-tiba aku nak idle je dalam rumah ni. Aku buat benda yang aku suka ,petik gitar,tekan keyboard(tak mampu lagi beli piano. 2nd hand rm2K..whoott),tapi akhirnya kau akan cakap aku kurang ajar juga. Apa yang aku perlu buat? Kalau korang-korang kat dalam tempat aku,korang buat apa? Tolong aku. Tolong ingatkan aku. Kisah ku tersedar. HAhahahaha... Erm,semoga hari esok,aku bangun dan mulakan segala dengan perkara yang baru. Aku tak nak post entry ni sebenarnya sebab nanti aku terbaca ke apa ke,nanti aku ter-ohh ini yang terjadi pada hari sekian dan detik sekian. Tak apa la.. Buat je apa yang boleh. Semua pun boleh, Bak kata Mizz Nina, Aizat Amdan,Noh Hujan dan err,,dah ramai kott guna ayat ni "kita kayuh pelan-pelan"!!!



notapunggung: mendapat nasihat yang bernas dari encik ini.Sila klik, hehe. Beliau menge-share benda ni kat aku. Aku share kat korang. Jadi ilmunya berterusan..

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada
perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
9 minutes ago · · · See friendship


Baiklah rakan-rakan..Lets tidur!

16 December, 2010

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

(kasi kipas sikit,mana taw dia suka)



First time aku join contest yang ala-ala ni, Ok,, Sebagai seorang artis. (PUI!) aku menerima tag daripada Eyqadot, Jadi aku pun menerima sautan ini kerana aku pun dah terbayang gambar apa aku nak kasi. Sebenarnyaa aku bukan suka pun buat 'peace' ni. Jadi gambar yang ada pun hanyalah gambar masa aku Form 4. Gambar ni agak-agak nostalgik kerana aku upload dalam mesepes dan dikomen oleh ehem2.. Hehe. Ok.. Inilah gambar nyaa..



Baik. Aku cerita siket. Kenapa dengan gambar ni.
1-diambil menggunakan hp yang dibawa curi-curi ke sekolah.\
2-hp ini masa tu masih belum cukup panas aku pegang(baru beli la)
3-gambar ini tak guna apa-apa teknik edit atau apa.
4-pencahayaan yang sempurna menghasilkan gambar yg orange-ish ini.
5-aku ambil gambar sambil sandang guitar.(nampak cyy kan?)
6-tudung aku ada lencana sekolah aku. The Cluster School of Sultan Ismail!
7-gambar ini dikomen oleh encik Stalk My Shadow.(satu-satunya gambar aku yg dia komen)
p/s:komen beliau ialah "jari tu nak cucuk apa?"(+- la geng,,aku tak ingat.)

8-orang yang aku terasa nak tag atas kesungguhan mengfollow blog aku ialah
d) ok,,3 sudah lebih dari cukup..haha,,itu sahaja aku nak cakap.




nota punggung: td tengok cite 'snakes in the plane!" hehe,, Ok. Tangan aku sangat lenguh,,chow~tut!

12 December, 2010

post ke 90 yang bosan




Entry yang ke 90 untuk tahun 2010! sikit sangat tu..

Ok.. Nampak gambar kat atas?? Gambar aku plasing ehh cammana nak eja? Itu guitar bapa aku,,yang dah rosak siket. Masalahnya aku tak tau apa yang rosak, Aku bukan nak cakap pasal gitar.. aku nak ckap pasal aku ni. Sekarang aku pergi jalan bantai baju kurung and kebaya je taw. Aku seronok. Terima kasih kepada orang yang membuat aku rasa teruja nak pakai baju kurung.. Tapi dia lagi awesome lah kan. Comel. Lemah lembut. Dan aku rasa dia telah berjaya memikat mata Zahiril Adzim, Pheewitt.. Aku suka mereka bersama. Haha.. Kenapa aku suka? Kerana mereka comel bersama.. Gadis yang di maksudkan ialan Cik Ana Rafalli...wwwuuuuuu~~~ ok,, Itu sahaja.. Nak tahu berapa comel ana??tengok bawah ni!!

11 December, 2010

blog ini tidak layaklah kawan. =)

herm,,blog aku tak dapat menyertai pertandingan blog baru 2010 kerana aku telah lama bercekimpung dalam bidang blogging. Haha.. Sedikit keweca kecewa dan weceka di situ. Tapi tak apa. Mungkin ada kategori Blogger Paling Hot.. tteeettt.. Or Blogger Paling Lancang. Cehh,, lancangkah aku??haha.. Dah lebih setahun dah aku dengan Blog ni. Dah pandai berlari dah anak aku ni.. First post aku adalah pada 14 Ogos.. Wee..Hehe. Dapat atau tak itu belakang cerita..Yang penting kau dan aku,izzah dan Rude Phrases akan bersama. Kita akan membahagiakan hati masing-masing. Pedulikan orang kat luar sana. Aku sedar kata-kata aku mengundang refleksi kurang senang. Tapi setakat hari ini, tak ada pula aku dapat surat saman kan, Yang ada hanya lah surat-surat para 'kipas' aihh...sudahlah.. Cakap sahaja tak ada kegunaanya pun. Berani buat dan terima padahnya, kalau setakat cakap-cakap ni,orang tak ambil pusing sangat lah kan. Jadi kalau orang-orang yang berfikir nak saya berhenti menulis blog,jawapannya TIDAK!! Sebab kata-kata korang hanya sekadar angin lalu..

Aku harap blog ini akan sentiasa sukses dan lagi dan lagi dan lagi! Semoga penulisan aku semakin matang dan lagi dan lagi dan gila..Haha. Ouh kepada kawan-kawan yang tahu any contest for Bloggers share lah. Macam ni ke hidup dalam dunia blog?? Hehehe.. Apa guna blog walking kalau tak sebarkan maklumat. Haha...Hehe..Ok lah. Aku nak cakap itu aja..


nota punggung : blog aku kontot weyh! Kenapa? Aku dah kehilangan skill?? Ouh! Tidak, Sebabnya cuti-cuti ni tiada aktiviti yang aku mampu buat. Tiada aktiviti=tiada cerita kedai kopi!




ikhlas dibebel oleh,
Izzah Syahirah


2 gadis istimewa itu bertambah umurnya

Pertama sekali,selamat tinggal alam persekolahan,, Wahh,,, Tak percaya nyaa.. Okay.. Skarang dah percaya. Haa.. entry ini untuk 2 insan yang menyambut hari istimewa..wow~~




yang pertama Noor Atiqah Nasir

Ok..kitorang kenal since form 1.. Dia ni pandai taw. Tapi dulu masa form 1 tak suka buat hw.. Tapi pandai,, Lagi sekali, pandai,,wahhhh..ok,, Selamat panjang umur murah rezeki.. XOXO




insan kedua ialah Jeng jeng jeng::: miss khairunnisa...she thought me sivik last year..huahuahua..Tapi kitorang rapat.. We went to watch Pisau Cukur..berduet.. UUUU~~ Hehe.. Time passes.. Aku dah besar.. Tapi cikgu aku yang sorang ni kecil saja...psst psst : muka beliau macam muka Tiz Zaqiyah.. Hehe..
Ok,,semoga berjaya dalam hidup. Muahx..I love u cikgu,, Huuuu~~~ ok ok...itu sahaja...daa~~
p/s:bau nasi minyak semakin kuat...



nota punggung:maaf curi gambar tanpa kebenaran...Love u both

07 December, 2010

berita tergembur. Sekolah dan pencuri

Selamat Tahun Baru Hijrah...

Cerita penghujung tahun aku sangat-sangatlah tak best. Nak tahu kenapa. Sebab,,baca berita di bawah;

6Disember2010,Johor Bahru: Sebuah sekolah di bandar Johor Bahru yang terkemuka telah menerima hampir 80 aduan mengenai kecurian yang terjadi tengahari tadi. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM). Para pelajar menyedari kehilangan barag berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai kira-kira jam 12.30 apabila tamat kertas pepriksaan Kimia Kertas 2. Ketika ditemubual seorang pelajar yang bernama Beby berkata " Saya letak barang dalam beg sebab cikgu cakap letak dalam beg dan cikgu akan kunci pintu gimnasiun. Memang dari mula periksa tak ada apa-apa masalah. BIla jadi macam ni saya rasa kecewa dengan pentadbiran sekolah, Tambahan pula ia memberi tekanan kepada pelajar yang akan menduduki Kimia Kertas 3 jam 2 petang nanti"

Seorang guru yang bertanggungjawab menjaga gimnasium memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau sudah mengunci pintu tetapi pencuri terbabit telah memecahkan dinding gimnasium.

Mengulas kepada kenyataan dan kronologi awal oleh Sarjan Kadet Koreksional SSI((pandai pandai aku)), Sj. Isaa,beliau memaklumkan bahawa jenayah yang berlaku telah dirancang lama. Beliau juga kesal akan kegagalan pihak sekolah menyediakan cctv di kawasan yang dikatakan 'titik panas'(hot spot). Hal ini tidak sepatutnya berulang kerana kejadian ini sebenarnya telah berlaku sejak Khamis lalu apabila 6 orang pelajar juga telah mengalami kecurian telefon bimbit dan wang tunai.


Temubual antara pelajar yang terselamat dari musibah kesialan ini ialah Marshi. Beliau memaklumkan kepada pemberita dengan nada sinis " saya memang selalu bawa, Tapi hari ini telefon saya kehabisan bateri, jadi saya meminta bantuan seorang rakan untuk mengecaskanyya. kepada rakan-rakan yang kehilangan hp,harap bersabar. Tapi agak-agak berapi jom lah kita buat rusuhan damai menyerahkan momerandum kepada pengetua. Haha"

Guru penolong kanan sekolah terbabit ketika ditemubual enggan mengulas lanjut. Manakala pengetua sekolah terbabit tidak berjaya dihubungi. Ibu bapa turut berasa kesal dengan kejadian itu. Seorang peguam terkenal, Encik Hisham bercadang untuk mengfailakan kes ini di mahkamah kerana hal ini sangat-sangat mendukacitakan pelajar dan ibu bapa. Sekolah yang sepatutnya menjadi institusi perlindungan tidak lagi berperanan sedemikian. Walau bagaimanapun, pihak sekolah masih sedaya upaya untuk menutup bangkai gajah daripada di hidu media massa kerana akn menjejaskan nama baik sekolah.








haa.. Amacam? Aku ada bakat jadi pembaca berita i mean, wartawan? Haha. itu jelah aku nak cakap. Tapi serious aku rasa sangat palat kott.. Haha. dalam bersedih aku masih mampu ketawa. Tahiniah lah Isaa..haha..




nota punggung: maaf lah. Aku tak bole sebut nama sekolah. Tapi paham-paham sendiri lah kan, jangan nak tutup bangkai gajah pakai daun terup pulak..atau handset daun memang tak de nyee..
Fakta sebenar: aku tak rasa sekolah report polis. sebab aku tak nampak pun polis datang buat siasatan?? Haha.. SIALsatan ada laa...haa.. Macam-macam lah.. dan dialog-dialog pun aku reka sendiri. Apa kes? Haa,,yang part bapa aku nak saman sekolah,itu betul, Haha..












disediakan oleh,
Izzah syahirah

05 December, 2010

semua orang BODOH!

1.23am..
Wahh..comel tu. Huhu. Dah lama kot tak update blog ni. Erm, Ok..Serious say tak tahu nak cakap apa. Nak type pun x best sebab pakai keyboard desktop yang sangat lah bising dan tak biasa..
SPM dah nak habis. Apa aku nak buat? Terus menerus dalam kemungkaran ni? Kemungkaran apa? Ok,, tak perlu tahu lah kott.

Kepala pening macam nak pecah. Aku telan 2 biji panadol. Wahh. Gila babi. Hampir setiap hari aku telan panadol. Lama-lama boleh mati kena dialisis buah pinggang rosak, Warghh.. Bukan nak cakap benda bukan-bukan Tapi kenytaan weyh! Tapi memang aku tak perlu hidup lagi. Aku nak buat apa yang aku suka. Tapi orang kat sini semuanya bodoh! Kawan ke, musuh ke keluarga ke. semuanya lah! Aku belajar satu benda 3K(kawan,keluarga,kekasih) tak boleh dipercayai. Haha. Memang bunyi nya agak sial. Tapi hidup aku,kadang-kedang buat aku tak nak tutup mata. Untuk apa mata terpejam sedang hati aku meronta-ronta? Aku pejam dan harap semuanya mimpi. Harapannya bila aku bangun,aku dalam hidup yang ak mimpikan. Tapi sebenarnya aku tersedar di dalam sebuah lagi mimpi.

Aku nak jadi aku, Aku nak buat apa yang aku nak buat. Aku tak kejar harta. Aku nak puaskan minat aku. Kenapa semua tak faham? Bodoh sangat ke? Sinis sangat ke aku samapai semua nak tersinggung? Ok, Aku minta maaf atas ke-sinisme-an aku. Tapi aku buat semua ni ada sebab.
Sebab nya aku nak bebas. Aku nak buat apa yang aku nak. Jadi tolonglah paham. Terima kasih. Yang tak paham,buat2 paham.

Salah ke untuk sembunyikan kebodohan itu dan cuba memahami aku?aku tak bodoh. Aku bodoh-bodoh. Memang aku tak pandai. Tapi aku tak pandai-pandai!

Aku rindu dekat satu benda yang selalu buat aku rasa gembira. Selalu buat aku rasa puas. Selalu buat aku rasa hebat. Tapi tak selalu ada dekat sebelah aku. Aku harap,dia ada dekat sini. Wahh. ((abaikan perenggan ini kalau agak blurr))





nota punggung: semua orang pun bodoh.Aku kau dan mereka pun bodoh. Tiada yang terkecuali melainkan mereka yang berubah ke arah satu kepuasan dan kesusilaan..erm,,macam aneh. Persetan~




izzah syahirah.

30 November, 2010

kecaman yang kejam

Aku dikecam dunia yang kejam mengecam aku lalu aku,
Terkecam,
Terduduk,
Terjelepok,
Terkesima,
Terinjak
lalu terlunas segala benak
kata dalam tawa dalam derai hilai tawa manusia alpa.
Kecamlah aku!
Andai ia dapat melepaskan aku dari kecaman manusia kejam yang mengecam lalu kau terkecam.
tertawa,
tersenyum,
terhilai,
tergelak,
terlatah.
Lalu terburai segala ayat,kata dalam minda dalam hitam jiwa,busuk hati,tengik darah.
lalu ku kutip kata dengan pena tapi aku dikecam
oleh dakwat,
oleh mata pena,
oleh kertas kumal,
oleh angin,
oleh papan alas.
dan aku masih dikecam oleh si kejam yang mengecam lalau aku terkulai dihempuk kekecaman.
barangkali aku sebenarnya pengecam itu.



isaaisiza,
12.25pm(tp aku rasa macam baru 9 lebih)
bilik 2(SPM)

28 November, 2010

perempuan boleh buat apa yang lelaki buat termasuk merokok!


Aku selongkar-longkar penulisan aku. Tis Tis tsskk. Mengalir air mata. Tapi di dalam sahaja. Kenapa? Aku saja yang tahu. Huhu. Ok.
Aku nak cakap apa sebenarnya?

Kita hidup dalam dunia pasca-inovasi.
Zaman wanita bukan lagi
bergelumang tepung di dapur,
berhitam dahi meniup arang,
bermandi peluh membanting padi,
menjilat air liur kehausan di ladang.

Apa yang aku nak cakap ialah keluasannya minda,wanita kini seiring lelaki, Apa yang sang laki bikin,wanita tak mahu kalah. Malangnya ceteknya fikiran dungu nye intelek(maaf sedikit kasar).

Aku menyelak-selak entry lama seorang lelaki. Namanya erm,klik di sini. Eh,tak jadi. Ok. Nanti-nanti sahaja aku kenalkan. Hah. Aku terpanggil untuk menulis setelah aku terbaca secara tak tersengaja entry nye bertajuk 'Perempuan Merokok Perempuan Jahat'. Hah. Setelah klik kau kenal kan empunya diri? Erm,malas nak ulas bebanyak lah kan. Membangkitkan kemarahan.


Aku nak cerita sedikit terpesong lah kan. Satu pagi hening aku jalan-jalan di Bandar petak (citysquare,jb). Jangan di tanya apa aku buat seawal jam itu di tengah-tengah pusat bandar,apa lagi di waktu orang lain duduk melangok kat perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah yang telah diubah liriknya. Sumpah aku tak suka lirik baru itu. Tapi siapa aku?
Sambung,weyh!

Berjalan seiring pakcik-makcik-abang-kakak yang menuju ke destinasi wang di raih setiap bulan(office tempat kerja lah kan). Satu penjuru kelihatan dua gadis. Seorang lengkap berpakaian pejabat. Seorang lagi pula berbaju kurung. Nampak manis. Tapi bukan itu menjadi pokok perbincangan kami detik itu. Mereka berdua nyata ashik menyedut asap-asap dari sebatang rokok. Wahh. Ini sudah hebat. Tidak pernah terlintas aku melihat akan seorang gadis berbaju kurung berbuat begitu di tempat awam.

Kata kawanku,"eh,kau dah pakai baju kurung ,lepas tu smoke depan-depan orang ramai.". Sampuk seorang lagi gadis aku," Tu la. Tak ada ......" er,,,memang aku tak boleh taip sebab ayat kawan aku tu dah sayup-sayup je. Perihal gadis terus di bahas dan aku semakin lenyap dalam dunia aku sendiri. Memang aku terasa malas nak bicarakan perihal ini. Cuba memperdepat perkara yang ala-ala sensetif ini tak kan kemana. Jadi baik aku diamkan. Dan hal itu pun telah lama pergi meninggalkan aku sehingga aku terbca blog encik Zahiril ini.

Benarlah kan. Kalau kau pakai baju kurung,kau tak boleh hisap rokok. Habis nak pakai apa? Bikini? Hah. Kenapa lelaki pakai baju melayu,pakcik-pakcik berketayap lepak warung sementara tunggu Khutbah Jumaat usai boleh bertenang-tenang kacang menyalakan rokoknya?
Nak cakap apa? Kalau kau muka melayu,cakap melayu, tak payah nak sentuh rokok? Habis kalau nak hisap kena buat pembedahan plastik mata kasi sepet muka kasi putih cakap kasi omputeh lepas tu baru kau bole pegang rokok? Kenapa lelaki melayu boleh pegang rokok? Kalau based on cerita Zahiril,kawan dia tu cina. Jadi masalah ni tak berlingkar dalam arena melayu. Tapi mungkin dalam arena masyarakat Malaysia itu sendiri.. Stigma berkurun tu dah tak boleh nak di pakai lagi lah kott.. Kalau nak cerita bab fatwa kerajaan memang dah tak boleh cakap lebih-lebih .Nanti kena masuk ISA hancur punah lebur luluh rebah segala cita dan angan aku nak berlakon teater di bawah arahan si mamat Zahiril Adzim dan Farid Ayam kan. Jadi aku tak tahu lagi apa aku nak buat. Bukan setakat gadis melayu-ala-ala-santun ni kan. Lelaki melayu pun macam tu. Setiap kali aku tanya kan solan yang sama jawapan mereka cukup aku hafal "tak manis perempuan yang terkenal dengan sifat lemah-lembut hisap rokok." Habis kalau panjat pokok, masuk gusti semua tak lemah lembut nak cerita apa weyh?



Bercerita tentang rokok mengingatkan aku kepada Arwah Tok Nipis dan Arwah Busu aka Cik Ajip aku. Fuhh. Menyayat.. Aku pinjam kau orang 3 minit je. Tak lama pun. Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka berdua. Tapi hati-hati dengan nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah tuh kalau kau orang salah baca. Hehe..


Sekarang macam mana? Ada yang nak betah? Now aku rasa aku dah ready since aku lagi beberapa hari je tinggal untuk bergelar pelajar sekolah. Hah. Terasa puas meninggalkan alam tempat aku di injak. Tapi zaman ini yang mengajar aku erti kepalatan kehidupan. Kalau aku tak berglar remaja sekolah mesti aku aku er,,mesti aku bukan aku lah. Haha..




p/s: dari pagi jam 10 pagi weyh aku load cerita Gadoh 2009 dekat Youtube la mofie ke ape entah nama dia now baru habis tengok.. Tak melampau kan broadband rumah aku. Memang. Memang tak melampau.


aku rasa:aku telah provok manusia-manusia yang berfikiran sempit. Aku bela bukan sebab aku smoker, Tapi aku faham bagaimana rasanya ketagih akan sesuatu.

kau rasa: kau telah diprovok dek pemikiran sempit kau. Kau fikir aku perokok sebab tu aku bela mereka!






serius ni aku type dari jam 4 petang(idea susah mau datang maa)),
Izzah Syahirah.

26 November, 2010

sejarah yang mematikan hati,lalu aku menjadi tidak adil untukmu

Sejarah mematikan hati.
Seminit,dua minit,10 minit,30 minit,satu jam,satu jam 30 minit,dua jam,nah! Dua jam setengah,aku duduk melongok,melongoi,merodok minda mencana tafsir tapi apa balasannya?
Aku masih melangok,masih tak pasti. Aku ketuk papan ni,aku delete balik,ku ulang dan ulang. Tapi apa? Masih sama. Masih sekumal picisan. Masih membosankan.

Kejadian semalam mengganggu benak ku. Apa aku masih berharap agar dia untukku? Tidak sama sekali. Melupakannya merupakan perkara yang aku paling suka. Melupakannya hanya seakan mengoyakkan kertas dan meng-deactivate myspace. Wahh. Aku mahu kau ketika di zaman kegemilangan Myspace. Serious. Kau paham aku dan aku paham kau. Tapi sejarah tinggal sejarah. Dan sejarah itulah yang sedang mematah-matahkan hati aku. Menjadi kepingan dan kau hinjak hinjak. Tanpa aku sedar,tiada lagi hati aku untuk kau. Memang,aku akui, aku rindu yang teramat sangat. Tapi apa aku boleh buat? Nak nyatakan pun seakan dipaksa menelan pasir timbusan tahi kucing. Lain yang aku nak khabarkan,lain yang terluahkan. Aku aku aku hanya si gadis yang rindukan si jejaka yang pernah menjadi cahaya bulan aku. Tapi kau menjadi gerhana yang tak pernah hilang. Kau gerhana di hati aku.







Aku tidak pernah adil untuk mu,
Bersua muka ku lindung wajahku,
Aku mahu mendampingimu,
Untuk setiap hembusan nafasmu,
Untuk setiap butir bicaramu.

Jangan tinggalkan aku,
Walau aku tak adil untuk mu,
Jangan padamkan aku dari kotak mimpi mu,
Walau aku bukan gadis mu.

Ku kirim nota cinta,
Ku pinta burung kirimkan untuk mu,
Ku pinta angin hembuskan di hati mu,
Ku mahu kau dipuput lembut dek sang bayu,
Kerna aku tidak pernah adil untuk mu.




p/s: I am listening to 'Sepi' by 'Yuni shara'.. Sedih woo..

Aku ikhlas ni nak merapu,
Izzah Syahirah

25 November, 2010

stalk your shadow as much as I could stalk

ok..Can I jump?? Huhu..
Why?? Ok,,come come..Let me tell this so much so much happy story ever..
Haha..
He updated his status,,he said for those whose name were written,,i thought,,ok,,for sure ni lah benda yang aku fikir. "ok,,mesti nama aku tak ada. Cehh,,ni mesti nak wish spm lah kan.. Huu. Sobss,,jangan click or u might regret it"..Haha...Yeye kan cara aku fikir??? Sangat serabai...

Ok,,then,,my mozilla firefox was badly damaged,,with superb severe injured,,haha,,,something wrong with the mozilla,,i think it terbakar for real weyh!((aku da pandai ckp weyh,,tahniah)).. So we tukar from mozilla to Google Chrome. I need to rewrite his blog url and put it as favorite aka clickin on the pale star and it'll change to yellow star.blink blink (ok..apa perlu?? Haha,,. Suka lahh.)

Lagi satu,,apa purpose nye aku bebual ala-ala minah saleh terperangkap di bumi Malaysia??
English kau dah lah teraburr...euw..Boo.. Haha..


Eh,,actually maksud aku,,sebenarnya,,entry ini di buat untuk melahirkan rasa kesyukuran atas kesudian encik Stalk My Shadow meletakkan nama aku dalam entry beliau sedangkan aku hanya si budak kelas sebelah yang selalu menyusahkan dia dengan meminta test pad.. Kantoi weyh((lagi skali aku guna weyh,,hebad.)) Haha. Ok. Terima kasih sekali lagi. Jadi di kesempatan yang semakin sempit ini,,saya nak cakap ((ehh,,saya pula?) ok.. Just want to say



"tanx sebab ternyata aku ada di dalam hidup encik Stalk My Shadow ni,,ok,,Selamat Berjaya dalam peperiksaan SPM.. Wish u all the best. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Nanti belajar oversea jangan lupa orang kat sini. Beli ole-ole kalau cuti. Hee. Akan merindui saat2 tak malu meminta test pad dari encik Stalk My Shadow T_T,,nangis siket.((ok siket je..hapuskan air mata kau..hilang macho gwe))"

and tak lupa gak. Kawan-kawan lain. Teringin nak type nama cikgu dari sekolah tadika tapi memory aku ni kecil saja. So aku ingat cikgu sekolah tabika aku Cikgu Lin. Sekolah rendah pun aku ingat yang darjah 6. Haha.. Papehal pon,,aku mawu bilang ni..


"gadis-gadis semasa ku,,selamat berjuang. Maaf lambat. Aku pon tak terasa yang u girls akan baca.Haha. Masing2 busy doh.Haha.. Ape kau gelak-gelak. Yea. Walaupun SPM yang 9 hari ni agak-agak membuat aku stress tapi aku tak nak ia habis dengan cepat. I wanna spend my whole senior year with mu gadis-es. Waaaa~~ jangan lupa aku weyh (wahh dah 3 kali aku guna weyh di hujung ayat aku.lagi seklai kau guna tak payah type lah))..err,,,sedap gak letak weyh kat belakang..haha.. Ok.. Ada masa kita lepak,, ok?? Aku paling rindu nak keluar malam dengan siti farhani. =("



Dah lahh. I wanna continue twitter-ing.. Yeah.. ((berperangai seperti budak pasca-PMR))



p/s:encik Stalk My Shadow dapat ucapan khas sebab aku ada dalam entry dia.. Itu saja. Tapi dia superb cool. Soalan exam english section B 'describe the most famous student in your school',,terbayang dia siott. Sumpah. Tapi bukan aku je yang berperasaan begitu. Beberapa gadis semasa juga berfikiran jahat seperti aku. Hee.. Harap-harap dia tak baca blog aku. hee..



ingatan tulus penuh keikhlasan lahir dari hati yang bersih yang sukar di cari,
izzah syahirah.


22 November, 2010

kan bagus kalau...........

kan bagus kalau zahiril itu zahiril adzim,
kan bagus kalau spm itu trial,
kan bagus kalau aku ada kereta,
kan bagus kalau motor aku ada di sisi,
kan bagus kalau spm masih lambat,
kan bagus kalau ibu ada,
kan bagus kalau hari ini 8 dec,
kan bagus kalau kak wani da kat sini,
kan bagus kalau aku lepak umah helen,
kan bagus kalau aku punya speaker keyboard tak rosak,
kan bagus kalau sekarang ada syaza kat sebelah,
kan bagus kalau gitar syaza dia hadiahkan kat aku,
kan bagus kalau aku ada gitar baru sebiji(or sebuah??persetankan)
kan bagus kalau guitar eletric tu tak rosak,
kan bagus kalau aku ada own lappy,
kan bagus kalau hp aku blackberry,
kan bagus kalau aku masih 7 tahun,
kan bagus kalau aku tak bebual macam bagus.



dalam setiap 'kan bagus kalau' aku sedar ke-kalau-an itu tak berlaku sekarang,,

sebab....


zahiril H bukan zahiril A,
spm itu ACTUAL Sijil Pelajaran Malaysia,
aku lesan pon tak ada,
motor aku nun di Perlis abg pinjam,
SPM is TOMORROW leyh..
ibu next week maybe balik,
hari ni baru 22 nov.. Lagi 3 minggu leyh nak 8 dec. Berselang bulan tuh..
kak wani dekat spore,dia exam.
aku memang jarang pon melepak rumah helen.
speaker aku dah rosak betul2.Nak pasang amplifier sangat lah berat dan jauh dan payah.
syaza tak ada. Dia belajar kat rumah.
gitar syaza pun makayah dia belikan,ada hati nak kasi aku?Haishh,..
tambang nak pergi kedai gitar pun tak ada,nak beli gitar pebende?
gitar tuh rosak sebab short,kene air and tak ada orang nk fix it for free.. Pfft!
aku dok melangok depan laptop ibu,memakai bband abang aku.
hp aku pon di bayar oleh ibu separuh harganya.
sayang sungguh aku sudah 17 tahun..




arghhh!!!ok..daaa~~~

21 November, 2010

antara aku dan air mata

Antara entry sebelum aku tinggalkan alam persekolahan..Ye. Dalam 2 hari lagi,kaki kanan ini akan melangkah ke dalam dewan peperiksaan. (sebetulnya kelas). Aku sudah 85% bersedia. Harapannya semua berjalan lancar agag ke-sukses-an nya terjamin. Haha. Susah untuk aku katakan, terlalu banyak menerajah benak, aku jadi bingung.



Air mata tanpa penghapusnya,
Sepi mencambah benak minda,
Aku nun di satu sudut,
Sendirian,tanpa teman dan kepastian.

Masa itu akan tiba,
ssat ku genggam cinta an cita dalam satu pelukan satu hembusan setitik keringat.

Kesucian dalam kenakalan.
Indah kan?

Namun,masih lagi mutiara jernih itu dihasilkan mata
tanpa kata
tanpa kekukuhan alasan
pengertiankan aku,
apa guna wujud kau hai air mata andai sekadar penyebak dada.


Nyah saja..
dengan ini,,ku hapuskan kau
air mata.



digarap seindahnya oleh isaa..

16 November, 2010

hidup bukan untuk minta simpati

hah. Mengecap hari-hari terakhir sebelum aku memasuki dewan untuk spm,,trettt. Bukan dewan kerana aku di tempatkan di dalam kelas. Tempat duduk aku pula ternyata tidak aku senangi. Aku duduk tengah dan depan sekali menghadap white board.Argh.. Blurr mak. Heehe...

Sementara bermasa ni,aku nak mengkomen lah keadaan sekeliling aku. Biasanya aku menjadi lebih kejam bila part nih. Ok. Muka kasi thrill siket. Roar. (singa mengaum)..

Apa kejadahnya kau ni? Dasar! Bimbo kea pa hah? Tak malu ke jadi kau yang memalukan tu? Hidup kau memang untuk tagis sympathy from people around U? I mean kau took advantages on people who care bout U? Apa jenis manusia anda ni?Ok. Kau pura-pura macam kau ni tak berduit sangat sampai nak bayar duit bas pun kena mintak wang sedekah orang,tapi kau ada pula ye wang nak meronggeng di malam hari? Entah apa seyh kau fikir. Kalau aku,aku malu lah weyh nak hegeh-hegeh minta simpati. Memang kau akan hidup dengan simpati? Dear, come on lah. aku pun tak ada lah senang sangat. Duit bas aku pun lagi 2 bulan tak bayar. Tapi ada aku nak menjaja kisah aku kat orang? Aku nak memburuk-burukkan family aku macam mak abah saya tak ada nak bertanggungjawabnya phun? Even ur mom n dad dah divorce ada ur dad neglect u? Tak ada nyaa kan? Dia bagi nafkah every month. Ur mom kerja ur grandma pon kerja, apasal sampai nak menagih simpati? Bukan cakap pasal kau saja sebap kau dah ajar adik kau pon berkelakuan begitu. Aihh,,tolong lah jangan berperangai begitu.,Eyh, sedar lah. Takkan kemana nye kau dengan ishk,,aku pon rasa geli jijik dan nak muntah tengok dress up kau. Kalau cantik cam Belinda tak apa juga. Ni,, ya Allah,asal bole nak terpecah baju kau punya bahagian dada dengan apam terlebih eno kau tuh. Hah.




Papehal,, Astaghfirullahalazim. Aku hanya insan yang lemah dan tiada kesempurnaannya tapi aku cuba untuk jadi lebih sempurna.


p/s : kamu yang by ruffedge sedap sesanggat sangat nyaaa..huahuahaua

05 November, 2010

dataran je la tajuknya





jeng jengg..we went to Dataran Bandaraya JB..ahakahak!!ehh,,ahak ahak,, jadi kahak tadi..







aku pakai jacket tapi senget button,,silly,,gah,,haha...
wahh,serius cakap, nak upload pictures at facebook so lembab like tortoise jalan atas lidi. Okay?
Haha. Aku nak cakap pun malu. But aku kena jugak cakap. Aku mengadap lappy sambil pakai spect. Wow. Terkejut kah? Haha. Yelah. Mata aku rosak sudarr bro! Aku pun tak tahu nak cakap apa,buat apa,pikir apa. Berserah sudarr.. Aihh..

Ok..just wanna hit a bit about blog aku yang aku dah pasang lagu yea..jadi kau tak perlu bosan sangat kott sebab tak ada lagu kan. Tapi,,lagu nyaa agak sedih lahh. Aku dah ada cerita kann pasal lagu ni yang bapak punya sedih sampai akuturut ternangis.. Ter ye rakan-rakan.. Haha.. Memang sedih la kann...nak cerita pun,,aihh. Tak apa lah. Kau enjoy je la. Haha.. Hari ni aku penat merayap.Sebab tuh idea pon tak banyak. Sebelum terlupa, Happy Deepavali Vantikkal to all my Indians geng..Haha,.Geng tu,, Tak bole blah!







below pic,aku buat profile pic.Cam smart sajaa...




iza yang type.


04 November, 2010

jejaka lumpuh itu,menarik perhatian ku!!

Assalamualaikum,,

muslimah aku makk!! Hehe. Kau perasan sesuatu yang menarik dekat entry aku hari ni?? Ok,pedulikan sahaja. Kau akan tahu juga.


Tadi siang aku telah menemani ibu dan adik-adik ku ke hospital untuk medical check-up.Nah,,aku main hembus.bukan medical check-up. Aku teman mereka appointment dengan doktor. Ok,,kisah bermula semasa kami telah usai melakukan segala urusan termasuk menunggu ibu berborak at sembang corner((meja receptionist)).. Almaklum saja,,nurse kat receptionist tu kawan mak aku. Ok. Selepas itu kami ke kedai roti berhampiran untuk menyesakkan perut dengan apa-apa saja yang terasa sedap. Aku beli karipap sardin satu sahaja. Bukan satu ringgit malaysia,satu saja> Harganya 3 rm1,,jadi lagi dua beli karipap kentang,,untuk ibu. Aku ni bukanlah jenis yang seronok nak makan kat luar. Gila susah nak cari yang selera kat tekak aku ni.


Tapi bukan pasal tekak aku yang aku nak terbelahak kan kat sini. Sedang asik meletak bontot beralas Levis 501 yang berwarna hitam lusuh,,aku pun duduk. Tiba-tiba,,ku di lamun cintaaa ooohh ohh,,dengan dia yang sering ku puja,, Ok,,aku tipu..aku saja je nak nyanyi,,hilangkan stress. Ok lagi.aku ternampak sesusuk dada bidang duduk di atas wheel chair, aku amati jejaka itu,atas bawah.Nah,,Terpampam aku lihat kakinya tanpa muscle, Yea,,aku ulang KAKI BELIAU TAK ADA MUSCLE!NAMPAK TULANG SAJA. Kau tahu apa maknanya?Sapa jawab tak ada maknanya aku curse kau jadi guni emas,,haha.. Ok.. serious. Aku terkejut,,mamat tu lumpuh, Prammmpppp!! Macam ada petir sambar,but more to like arrow tercucuk kat hati,,Arrgghh,,inikah nama nya cinta..Ops,,Maaf,,Telewahh,,


yeah,,mamat tu aku tengok,,muka not bad.Walaupun tangan dy agak kecil,harus aku akui,bahu beliau bermuscle,Hehe,,Aku amati lagi. Wahh,,dia tersenyum. Eh sebentar! Dia ketawa. Wahh!!Tanya apa aku rasa.Aku rasa macam nak menangis sambil melutut depan mamat tu and say "sayang,,will You marry me?" hah.. Tiba-tiba aku kembali ke dunia realiti.. Ya..Harus ye untuk aku akui. Beliau sangat tabah. Dan kacak. Erk? Hehe.. Kalau aku kawan dia mesti aku akan berasa kagum dengan beliau. OK,,aku sebenarnya nak cakap,,aku terjatuh hati pada kekentalan dan ke-tough-an beliau. Hehe.. Kenapa? Kenapa dia masih tersenyum. Ok.. tutup cerita,tadah tangan doa "semoga Allah temukan aku lagi dengan that guy if we were meant to be a friend perhaps..". Kalau aku jumpa that guy,,yeah.. Aku tegur beliau.. Hehe.. Tapi macam dah ada gadis je dalam hidup beliau.. Tak pon dy 'gebek' dengan guy yang hantar dia. Nauzubillah. *aku beristigfar. Hehe.. So,,short msg for you dude. Be strong.. XOXO..Haha.. Tak memasal nak ber-xoxo segalaa..




ouh,,kontot saja entry nyaa..Tapi aku nak kasi satu phrase. Ni sajak lahh..Haha..


"selama ni aku ikut rentak kau,walau hakikatnyaa kita adalah berbeza.
aku cuba menerima bahawa kau tidak menyakitkan hati,tapi kau tega dengan perangai huduh kau.
aku rasa ini yang terbaik.
aku dah penat ikut rentak kau.
ini masa aku.
masa apa?
masa untuk beraksi.
bak kata cartoon,"It's show time!"
now,,kau tunggu je masa kau..
masa itu aku akan tiba.
aku sedar aku tak kaya.
bahasa pun ke mana.
tapi aku tahu satu benda,
aku boleh hidup tanpa kau.
tapi aku tak mampu hidup tanpa kata-kata.
kata-kata yang hanya nista semata duka menjana.
ye.
ini adalah aku,
aku yang aku kenali sejak aku menjadi aku.
dan kau!
akan aku bentuk ikut acuan aku..
andai acuan ku pecah,,maaf kawan.
muka lu wa kasi pecah.
aku janji jenguk kau kat hospital,
tapi selepas aku keluar Henry Gurney lah kan.
apa apa hal pun,,
selamat tinggal aku ucapkan.."



p/s: aku tulis dengan mengikuti tatabahsa ye. See? Aku meletakkan huruf besar dan kecil di tempat yang benar..Haha..Ok,,Akan aku baiki cara penulisan blog dari sehari mentiti titi demi sehari yang selanjutnyaa..
((ini adalah repost.sebelum ini tajuknya ialah "jejaka lumpuh itu,menari perhatian ku" kejadahnya menari. Haha.Yang itu tak kelakar okay. Aku saja gelak2 menghibur hati yang lara))


isaaisiza,