Seminit,dua minit,10 minit,30 minit,satu jam,satu jam 30 minit,dua jam,nah! Dua jam setengah,aku duduk melongok,melongoi,merodok minda mencana tafsir tapi apa balasannya?
Aku masih melangok,masih tak pasti. Aku ketuk papan ni,aku delete balik,ku ulang dan ulang. Tapi apa? Masih sama. Masih sekumal picisan. Masih membosankan.
Kejadian semalam mengganggu benak ku. Apa aku masih berharap agar dia untukku? Tidak sama sekali. Melupakannya merupakan perkara yang aku paling suka. Melupakannya hanya seakan mengoyakkan kertas dan meng-deactivate myspace. Wahh. Aku mahu kau ketika di zaman kegemilangan Myspace. Serious. Kau paham aku dan aku paham kau. Tapi sejarah tinggal sejarah. Dan sejarah itulah yang sedang mematah-matahkan hati aku. Menjadi kepingan dan kau hinjak hinjak. Tanpa aku sedar,tiada lagi hati aku untuk kau. Memang,aku akui, aku rindu yang teramat sangat. Tapi apa aku boleh buat? Nak nyatakan pun seakan dipaksa menelan pasir timbusan tahi kucing. Lain yang aku nak khabarkan,lain yang terluahkan. Aku aku aku hanya si gadis yang rindukan si jejaka yang pernah menjadi cahaya bulan aku. Tapi kau menjadi gerhana yang tak pernah hilang. Kau gerhana di hati aku.
Aku tidak pernah adil untuk mu,
Bersua muka ku lindung wajahku,
Aku mahu mendampingimu,
Untuk setiap hembusan nafasmu,
Untuk setiap butir bicaramu.
Jangan tinggalkan aku,
Walau aku tak adil untuk mu,
Jangan padamkan aku dari kotak mimpi mu,
Walau aku bukan gadis mu.
Ku kirim nota cinta,
Ku pinta burung kirimkan untuk mu,
Ku pinta angin hembuskan di hati mu,
Ku mahu kau dipuput lembut dek sang bayu,
Kerna aku tidak pernah adil untuk mu.
p/s: I am listening to 'Sepi' by 'Yuni shara'.. Sedih woo..
Aku ikhlas ni nak merapu,
Izzah Syahirah
No comments:
Post a Comment