
Aku selongkar-longkar penulisan aku. Tis Tis tsskk. Mengalir air mata. Tapi di dalam sahaja. Kenapa? Aku saja yang tahu. Huhu. Ok.
Aku nak cakap apa sebenarnya?
Kita hidup dalam dunia pasca-inovasi.
Zaman wanita bukan lagi
bergelumang tepung di dapur,
berhitam dahi meniup arang,
bermandi peluh membanting padi,
menjilat air liur kehausan di ladang.
Apa yang aku nak cakap ialah keluasannya minda,wanita kini seiring lelaki, Apa yang sang laki bikin,wanita tak mahu kalah. Malangnya ceteknya fikiran dungu nye intelek(maaf sedikit kasar).
Aku menyelak-selak entry lama seorang lelaki. Namanya erm,klik di sini. Eh,tak jadi. Ok. Nanti-nanti sahaja aku kenalkan. Hah. Aku terpanggil untuk menulis setelah aku terbaca secara tak tersengaja entry nye bertajuk 'Perempuan Merokok Perempuan Jahat'. Hah. Setelah klik kau kenal kan empunya diri? Erm,malas nak ulas bebanyak lah kan. Membangkitkan kemarahan.
Aku nak cerita sedikit terpesong lah kan. Satu pagi hening aku jalan-jalan di Bandar petak (citysquare,jb). Jangan di tanya apa aku buat seawal jam itu di tengah-tengah pusat bandar,apa lagi di waktu orang lain duduk melangok kat perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah yang telah diubah liriknya. Sumpah aku tak suka lirik baru itu. Tapi siapa aku?
Sambung,weyh!
Berjalan seiring pakcik-makcik-abang-kakak yang menuju ke destinasi wang di raih setiap bulan(office tempat kerja lah kan). Satu penjuru kelihatan dua gadis. Seorang lengkap berpakaian pejabat. Seorang lagi pula berbaju kurung. Nampak manis. Tapi bukan itu menjadi pokok perbincangan kami detik itu. Mereka berdua nyata ashik menyedut asap-asap dari sebatang rokok. Wahh. Ini sudah hebat. Tidak pernah terlintas aku melihat akan seorang gadis berbaju kurung berbuat begitu di tempat awam.
Kata kawanku,"eh,kau dah pakai baju kurung ,lepas tu smoke depan-depan orang ramai.". Sampuk seorang lagi gadis aku," Tu la. Tak ada ......" er,,,memang aku tak boleh taip sebab ayat kawan aku tu dah sayup-sayup je. Perihal gadis terus di bahas dan aku semakin lenyap dalam dunia aku sendiri. Memang aku terasa malas nak bicarakan perihal ini. Cuba memperdepat perkara yang ala-ala sensetif ini tak kan kemana. Jadi baik aku diamkan. Dan hal itu pun telah lama pergi meninggalkan aku sehingga aku terbca blog encik Zahiril ini.
Benarlah kan. Kalau kau pakai baju kurung,kau tak boleh hisap rokok. Habis nak pakai apa? Bikini? Hah. Kenapa lelaki pakai baju melayu,pakcik-pakcik berketayap lepak warung sementara tunggu Khutbah Jumaat usai boleh bertenang-tenang kacang menyalakan rokoknya?
Nak cakap apa? Kalau kau muka melayu,cakap melayu, tak payah nak sentuh rokok? Habis kalau nak hisap kena buat pembedahan plastik mata kasi sepet muka kasi putih cakap kasi omputeh lepas tu baru kau bole pegang rokok? Kenapa lelaki melayu boleh pegang rokok? Kalau based on cerita Zahiril,kawan dia tu cina. Jadi masalah ni tak berlingkar dalam arena melayu. Tapi mungkin dalam arena masyarakat Malaysia itu sendiri.. Stigma berkurun tu dah tak boleh nak di pakai lagi lah kott.. Kalau nak cerita bab fatwa kerajaan memang dah tak boleh cakap lebih-lebih .Nanti kena masuk ISA hancur punah lebur luluh rebah segala cita dan angan aku nak berlakon teater di bawah arahan si mamat Zahiril Adzim dan Farid Ayam kan. Jadi aku tak tahu lagi apa aku nak buat. Bukan setakat gadis melayu-ala-ala-santun ni kan. Lelaki melayu pun macam tu. Setiap kali aku tanya kan solan yang sama jawapan mereka cukup aku hafal "tak manis perempuan yang terkenal dengan sifat lemah-lembut hisap rokok." Habis kalau panjat pokok, masuk gusti semua tak lemah lembut nak cerita apa weyh?
Bercerita tentang rokok mengingatkan aku kepada Arwah Tok Nipis dan Arwah Busu aka Cik Ajip aku. Fuhh. Menyayat.. Aku pinjam kau orang 3 minit je. Tak lama pun. Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka berdua. Tapi hati-hati dengan nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah tuh kalau kau orang salah baca. Hehe..
Sekarang macam mana? Ada yang nak betah? Now aku rasa aku dah ready since aku lagi beberapa hari je tinggal untuk bergelar pelajar sekolah. Hah. Terasa puas meninggalkan alam tempat aku di injak. Tapi zaman ini yang mengajar aku erti kepalatan kehidupan. Kalau aku tak berglar remaja sekolah mesti aku aku er,,mesti aku bukan aku lah. Haha..
p/s: dari pagi jam 10 pagi weyh aku load cerita Gadoh 2009 dekat Youtube la mofie ke ape entah nama dia now baru habis tengok.. Tak melampau kan broadband rumah aku. Memang. Memang tak melampau.
aku rasa:aku telah provok manusia-manusia yang berfikiran sempit. Aku bela bukan sebab aku smoker, Tapi aku faham bagaimana rasanya ketagih akan sesuatu.
kau rasa: kau telah diprovok dek pemikiran sempit kau. Kau fikir aku perokok sebab tu aku bela mereka!
serius ni aku type dari jam 4 petang(idea susah mau datang maa)),
Izzah Syahirah.
No comments:
Post a Comment